Dutch Lady inaugurates new RM540mil manufacturing facility in Bandar Enstek

PETALING JAYA – TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) menjangkakan projek kediaman dan komersial terbaharunya iaitu Pristine Premier dan Riposo Biz Centre bersempena penganjuran Karnival Hartanah Bandar Enstek bakal mendapat sambutan baik daripada pencari hartanah.

Ketua Jabatan Operasi TH Properties, Amri Shaari berkata, ini kerana projek hartanah yang berkualiti itu ditawarkan pada harga berpatutan.

“Ia juga memiliki konsep dan ciri-ciri reka bentuk yang dibina di dalam rumah ini adalah selari dengan permintaan pasaran.

“Tiga daripada fasa projek Pristine sebelum ini telah habis dijual sepenuhnya dan kami menjangkakan pelancaran projek baharu ini akan turut diterima baik oleh para pembeli,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau me­nerangkan, Pristine Premier yang terdiri daripada 51 unit rumah teres dua tingkat, merupakan fasa terakhir projek Pristine, dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM19.18 juta.

Projek ini menampilkan landskap berinspirasikan alam semula jadi dan reka bentuk seni bina kontemporari dengan pelbagai pilihan saiz daripada 20 x 80, 22 x 77 sehingga 22 x 90; serta pilihan keluasan daripada 1,662 kaki persegi hingga 1,829 kaki persegi.

Harga yang ditawarkan bermula pada RM571,295 hingga RM863,160.

Selain itu, TH Properties turut melancarkan enam kedai pejabat Riposo Biz Centre dengan harga tawaran antara RM RM927,500 sehingga RM1,571,700. sehingga RM1,571,700.

Selain itu, Ahli Lembaga Pe­ngarah TH Properties, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar berkata, projek baharu ini melambangkan komitmen syarikat untuk mencipta nilai berkekalan dalam industri dan memberikan pengalaman hidup yang menyeluruh kepada para pelanggannya.

“Karnival Hartanah Bandar Enstek ini bukan hanya tertumpu kepada sektor hartanah semata-mata tetapi untuk me­raikan komuniti dan keterlibatan masyarakat,” ujarnya.

Karnival ini juga menawarkan insentif istimewa untuk 20 pembeli terawal yang melayakkan mereka mendapat baucar Ikea bernilai RM3,500. -KOSMO! ONLINE

Sumber: KOSMO

Copyright 2024 – THP Enstek Development Sdn Bhd | Terms of Use & Privacy Policy | Powered by Web Design Malaysia